Sunday 22 February 2015

AKHIRNYA!!

HYE DAN ASSALAMUALAIKUM PADA YANG MUSLIM

--------------------------------------------------

APEW YANG AKHIRNYA TU FU??!

Hihihihi camni ceritanya..........

Masa Fu sekolah menengah rendah dulu, Fu suka sangat buat kek ( sejak belajar buat kek time subjek KHB ). Masa buat kek nie pun ada kenangan manis masa tu tapi tu bukan cerita utama kita nak cerita. Okey macam nie.. Masa form 5 dulu pernah try buat kek balik.. masa tu buat kek tak berapa nak jadi sebab lebih tepung kot.. Memang keraslah hihihi

Lepas tu Tahun lepas pun ada buat gak.. masa tengok kek tengah bakar, nampak cantik jew kek tu naik.. Tapi lama2 tu tengok kek tu tenggelam pulak.. Memang kelakarlah.. Rasanya pulak bolelah.. So hari nie Fu buat lagi kek iaitu kek oren.. Kali nie memang Fu sorang yang sediakan sendiri..

Bila dah siap gaul semua bahan, Fu masukkan dalam bekas bakar kek tu, selebihnya letak dalam cupcake punya bekas.. Masa tengah bakar tu, dalam hati mintak2 lah kek menjadi kali nie.. DANNNNNNNNNNNNNNNNNN

ALHAMDULILLAH kek kali nie MENJADI!!! Rasa cukup, masaknya cantik memang happy gilew lah!! Kali nie masuk kek dalam mulut rasa syok jew.. happy gilew2 lah.. korang nak resipi kew?? hihihi takut lah nak bagi >.<

Okey bawah nie bahan2 yang perlu anda sediakan:
300 gram Gula Halus
300 gram Mentega
6 biji telur ( kalau telur tu kecik letak 7 biji )
350gram Tepung Blue Key/Tepung Kek (tepung nie dah siap campur dengan baking powder )
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 biji buah oren ( kulitnya disagat halus, isi nya diperah menjadi air )

Cara-cara Penyediaan:
1) Gaulkan mentega dan gula halus sehingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu ke dalam acuan dan gaul rata.
3) Masukkan esen vanilla, kulit buah oren yang dah disagat dan air buah oren yang dah di perah. gaul rata.
4) Akhir sekali masukkan tepung blue key kedalam acuan dan gaul sehingga sebati.
5) Bakar dalam suhu 150o or 200o..

Tu sahaja yang dapat dikongsikan.. Jika anda ada apa2 cadangan boleh kemukakan idea anda di shoutbox saya..

----------------------------------------------

SEKIAN, TERIMA KASIH
WASSALAM

No comments:

Post a Comment